Sejarah
Katalog Induk yang pertama telah wujud pada tahun 1978 sehingga penghujung tahun 1990. Pada masa itu, ia menggunakan standard MALMARC dan telah melibatkan penyertaan beberapa buah perpustakaan iaitu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan lima (5) perpustakaan universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pusat komputer USM telah bertindak selaku hos dan penyelaras bagi projek tersebut. Projek ini terhenti apabila pada tahun 1990-an perpustakaan-perpustakaan yang menyertai projek ini mula memperolehi sistem perpustakaan bersepadu masing-masing. Kos untuk menintegrasikan semua sistem perpustakaan bersepadu yang berlainan serta menyatukan semua rekod katalog perpustakaan-perpustakaan terbabit adalah terlalu mahal juga merupakan punya projek ini tidak diteruskan.
Peningkatan jumlah perpustakaan telah mendesak Pustakawan untuk mewujudkan semula katalog induk bagi mengetahui lokasi bahan dengan cepat dan mudah, memudahkan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan, perkongsian sumber, perkongisan rekod katalog dan juga penghantaran dokumen (document delivery). Kemajuan dalam ICT juga dirasakan dapat menyediakan pelbagai aplikasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan.
Satu Jawatankuasa Pemandu Katalog Induk Kebangsaan (KIK) yang dianggotai oleh setiap wakil perpustakaan telah ditubuhkan pada tahun 2004. Keahlian KIK adalah terdiri daripada Perpustakaan Negara, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Gunasama dan Perpustakaan Swasta. Ahli-ahlinya telah menghadiri Bengkel Penubuhan Katalog Induk Kebangsaan pada 19-20 Oktober 2014 bagi membincangkan secara terperinci menetapkan definisi, visi, objektif, skop dan konsep KIK. Cadangan penubuhan KIK ini telah diluluskan oleh MAMPU dan Projek KIK Fasa 1 mula dibangunkan pada November 2005.
Objektif

Pengenalan


