Terma dan Syarat

1. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan pentadbir utama Sistem Katalog Induk Kebangsaan (KIK) Versi 2.0.

2. Sistem KIK Versi 2.0 adalah eksklusif untuk kegunaan ahli konsortium KIK dan ahli Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) sahaja dan bukan untuk tujuan komersial atau mendapat keuntungan.

3. Pendaftaran keahlian konsortium KIK adalah PERCUMA dan perlu mendapat pengesahan daripada pentadbir sistem KIK di PNM sebelum mengakses Sistem KIK Versi 2.0.

4. Maklumat pendaftaran keahlian yang diisi adalah maklumat yang

5. Tahap akses bagi setiap pengguna adalah berbeza mengikut tanggungjawab seperti yang ditetapkan iaitu sama ada sebagai pentadbir sistem organisasi, pengkatalog dan pentadbir perkhidmatan SPP.

6. Ahli konsortium KIK tidak dibenarkan dengan sengaja atau tidak sengaja mendedahkan ID dan kata laluan kepada pihak lain.

7. Data maklumat peribadi ahli adalah untuk kegunaan Sistem KIK Versi 2.0 sahaja dan tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga.

8. Pengurusan data bibliografik:

    1. Ahli konsortium KIK bertanggungjawab sepenuhnya ke atas data yang dimuat naik.

    2. Ahli konsortium KIK perlu memastikan data yang dimuat naik mematuhi Standard Minimum KIK yang telah ditetapkan.

    3. Mempunyai pegawai yang bertanggungjawab menguruskan data bibliografik.

    4. Ahli konsortium KIK perlu memilih salah satu saluran untuk mengemaskini data bibliografik ke dalam Sistem KIK iaitu sama ada Harvesting, Web Upload atau Web Catalogue.

    5. Ahli konsortium KIK perlu memastikan data dimuat naik ke dalam Sistem KIK secara web upload sentiasa terkini.

    6. Menyemak laporan status data di dashboard pentadbir sistem dan pengkatalog.

    7. Tidak memuat naik maklumat data bibliografik yang melanggar mana-mana hak harta intelek atau hak cipta dan lain-lain.

    8. Ahli konsortium KIK dibenarkan untuk menyelenggara data bibliografik agensi masing-masing sahaja.

9. Pengurusan metadata repositori institusi (Institutional Repository):

    1. Metadata repositori institusi yang dikemaskini dalam Sistem KIK adalah berdasarkan harvesting daripada repositori institusi yang berstatus open access.

    2. Ahli konsortium KIK perlu memastikan metadata yang dikemaskini dalam Sistem KIK adalah mematuhi Standard Minimum Repositori Institusi yang telah ditetapkan.

10. Pengurusan perkhidmatan SPP:

    1. Ahli SPP hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh perpustakaan pembekal.

    2. Mempunyai pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman dan pemulangan bahan.

    3. Salinan fotokopi bahan-bahan asal boleh dibekalkan atas permohonan, dengan syarat permohonan seperti ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Hakcipta 1987.

    4. Ahli SPP perlu memberi kerjasama kepada perpustakaan pemohon dan perpustakaan pembekal.

    5. Ahli SPP perlu bertanggungjawab terhadap bahan yang dipinjam mengikut polisi perpustakaan pembekal.

11. PNM berhak menarik balik akses kepada perkhidmatan daripada mana-mana ahli konsortium KIK yang akaun penggunanya dikaitkan dengan aktiviti yang dianggap sebagai penyalahgunaan sistem. Contoh penyalahgunaan itu termasuk: 

    1. Perkongsian ID/kata laluan pengguna dengan institusi lain.    

    2. Penafian perkhidmatan atau serangan penggodam.

    3. Kerosakan perkhidmatan kepada pengguna lain yang disebabkan oleh percubaan untuk memuat turun keseluruhan pangkalan data.

12. Pentadbir utama sistem KIK Versi 2.0 berhak untuk membuat pindaan kepada terma dan syarat ini tanpa memaklumkan kepada ahli konsortium.