Umum
Faedah menyerti KIK adalah:
- Memudah dan mempercepatkan rujukan kepada sumber maklumat perpustakaan dalam negara.
- Mendapat maklumat terkini mengenai ketersediaan koleksi perpustakaan dalam negara.
- Meningkatkan standard serta mutu amalan pengkatalogan bahan perpustakaan.
- Memudah dan mempercepatkan proses pengkatalogan melalui kemudahan muat turun rekod bibliografi.
- Memudahkan pinjaman antara perpustakaan.
Pengurusan Akaun
Anda boleh menetapkan semula kata laluan. Klik pada pautan Lupa Kata Laluan dan ikut arahan yang ditetapkan.
Pentadbir Organisasi
Anda boleh:
- Mengemaskini maklumat organisasi termasuk penetapan polisi sirkulasi.
- Membina, mengurus dan menetapkan peranan akaun pengguna.
- Melihat status akaun organisasi dalam modul SPP.
- Memantau status jadual tugas penuaian dan jadual peringatan yang berkaitan dengan organisasi.
Pencarian
Tapisan carian boleh dibuat pada panel kiri paparan. Kategori tapisan adalah melalui format, edisi, tahun terbitan, subjek dan bahasa.
Katalog
Anda boleh:
- Membina katalog
- Memuat naik katalog
- Menyalin daripada katalog luar
- Menukar format excel kepada MARC 21
- Menyemak transaksi
- Melihat senarai draf tugasan
- Mengurus katalog sendiri
- Mengurus katalog organisasi
Ya. Anda boleh memilih daripada senarai templat yang telah disediakan.
Terdapat 5 tag minima:
- Tag (05X/06X/07X/08X/09X)
- Tag 245 $a
- Tag 26X
- Tag 300
- Tag 6XX
Terdapat 4 elemen:
- dc. date
- dc. creator
- dc. identifier
- dc. title
Melalui 3 saluran katalog:
- Penuaian Bibliografik
- Katalog Web
- Muat Naik Web
- Rekod bibliografik (format MARC 21)
- Repositori Institusi (format Dublin Core)
Rekod akan melalui 3 peringkat iaitu
- Mapping rules
- Cleansing rules
- Validation for Primary and Secondary rules (Minimum Standards)
Tidak boleh. Namun begitu, rekod tersebut boleh di mask.
Tidak. Sistem KIK boleh menerima kedua-dua rekod dalam standard RDA dan AACR.
Boleh. Sistem KIK akan menukarkan rekod tersebut ke dalam bentuk MARC 21 memandangkan MARC 21 merupakan skema pengekodan yang diguna pakai bagi sistem KIK.
Boleh. Anda boleh membina rekod menggunakan saluran katalog web yang disediakan dalam Sistem KIK.
Boleh.
Sistem KIK memaparkan pautan terus ke OPAC organisasi bagi menunjukkan status ketersediaan bahan tersebut.
Terdapat 2 laporan iaitu:
- Uploaded Status in KIK System
- Total Number of Masked and Unmasked Holdings in KIK System
Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
Permohonan hanya terbuka kepada institusi yang mempunyai perpustakaan atau pusat sumber. Melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) ini, institusi/perpustakaan boleh meminjam dan mendapatkan bahan yang diperlukan daripada mana-mana institusi yang menyertai sistem ini untuk digunakan di institusi/perpustakaan anda.
Anda boleh menyemak permohonan dan pembekalan anda melalui Papan Pemuka SPP dalam sistem KIK.
Anda boleh memohon untuk memperbaharui pinjaman SPP sebelum tamat tempoh pinjaman dan perpustakaan pembekal berhak menerima atau menolak permohonan memperbaharui pinjaman tersebut.
Tempoh pinjaman ditentukan oleh perpustakaan atau institusi pembekal. Mengikut tetapan lalai, sistem KIK akan menggunakan kadar bayaran dan denda dengan merujuk Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran dan Denda) Pindaan 2015 P.U. (A) 222.
Semasa memohon, anda boleh menetapkan tarikh keperluan bahan SPP yang dimohon. Walau bagaimanapun, pengeposan bahan kebiasaannya mengambil masa 2 hingga 7 hari tertakluk kepada syarikat kurier perpustakaan dan institusi pembekal.
Permintaan ILL hanya boleh dibatalkan ketika item masih berada di dalam Senarai Permohonan Saya Yang Belum Selesai.
Jumlah bahan yang boleh dipinjam adalah bergantung kepada polisi pinjaman perpustakaan atau institusi pembekal.