Katalog Induk Kebangsaan Katalog Induk Kebangsaan
language
EN keyboard_arrow_down
MY
EN
Daftar
Toggle Navigation
  • Selamat Datang
  • Mengenai KIK
  • Servis
  • Manual
  • Hubungi Kami
  • FAQ

About Us - MS

Butiran
Written by: kikadmin
Kategori: About Us - MS
Diterbitkan: 04 Disember 2025
Jumlah paparan: 94

Sejarah

Katalog Induk yang pertama telah wujud pada tahun 1978 sehingga penghujung tahun 1990. Pada masa itu, ia menggunakan standard MALMARC dan telah melibatkan penyertaan beberapa buah perpustakaan iaitu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan lima (5) perpustakaan universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pusat komputer USM telah bertindak selaku hos dan penyelaras bagi projek tersebut. Projek ini terhenti apabila pada tahun 1990-an perpustakaan-perpustakaan yang menyertai projek ini mula memperolehi sistem perpustakaan bersepadu masing-masing. Kos untuk menintegrasikan semua sistem perpustakaan bersepadu yang berlainan serta menyatukan semua rekod katalog perpustakaan-perpustakaan terbabit adalah terlalu mahal juga merupakan punya projek ini tidak diteruskan.

Peningkatan jumlah perpustakaan telah mendesak Pustakawan untuk mewujudkan semula katalog induk bagi mengetahui lokasi bahan dengan cepat dan mudah, memudahkan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan, perkongsian sumber, perkongisan rekod katalog dan juga penghantaran dokumen (document delivery). Kemajuan dalam ICT juga dirasakan dapat menyediakan pelbagai aplikasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan.

Satu Jawatankuasa Pemandu Katalog Induk Kebangsaan (KIK) yang dianggotai oleh setiap wakil perpustakaan telah ditubuhkan pada tahun 2004. Keahlian KIK adalah terdiri daripada Perpustakaan Negara,  Perpustakaan Awam, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Gunasama dan Perpustakaan Swasta. Ahli-ahlinya telah menghadiri Bengkel Penubuhan Katalog Induk Kebangsaan pada 19-20 Oktober 2014 bagi membincangkan secara terperinci menetapkan definisi, visi, objektif, skop dan konsep KIK. Cadangan penubuhan KIK ini telah diluluskan oleh MAMPU dan Projek KIK Fasa 1 mula dibangunkan pada November 2005.

Objektif

Pengenalan

  Katalog Induk Kebangsaan

  Perpustakaan Negara Malaysia

  232, Jalan Tun Razak,
  50572 Kuala Lumpur, Malaysia

Hubungi Kami

local_phone

03 2687 1935/1925

mail_outline

[email protected]

 

 

Copyright © 2024 National Library of Malaysia. All rights reserved.